Petang
yang indah. Matahari seolah-olah mengalirkan cintanya melalui sinar-sinar
cahaya perangnya, yang menembusi setiap sudut dunia, menyinari setiap ciptaan Illahi.
Burung-burung
menzahirkan cintanya, bertasbih memuji keindahan Yang Maha Indah. Pokok-pokok
kelihatan seolah-olah tiang-tiang cinta, bersambung ke langit, menghubungkannya
dengan bumi.
Namun
begitu, keindahan petang itu tetap tidak dapat menghapuskan awan kelabu di
hatiku pada petang itu. Aku duduk berbaring di atas katil, merenung siling
bilikku. Hatiku resah. Petang itu kelihatan sangat suram.
*********
Sejam
sebelum itu...
"Khairul
Aslah! Ke sini sekejap!" Panggil
Puan Zanariah.
Aku
mengerling ke sekeliling kelas 2 Alif. Suasana di dalam kelas senyap sekali.
Semua murid sibuk menyiapkan tugasan karangan yang diberi oleh Puan Zanariah,
yang juga guru kelas aku itu.
Aku
bangun dari kerusi, lalu perlahan menuju ke meja guru yang terletak di bahagian
hadapan kelas. Aku duduk di kerusi yang bertentangan dengan guruku itu.
"Khairul
Aslah,"
"Err...
ya cikgu?" aku kenal dengan renungan
itu. Renungan yang menjanjikan berita buruk.
"Kamu
dah tahu keputusan peperiksaan semester kamu?"
Nah. Soalan
yang menakutkan. Menjanjikan seribu mimpi ngeri.
"Err..
belum.. kenapa cikgu?"
Puan
Zanariah mengeluarkan sehelai kertas berwarna kuning. Transkrip keputusan
peperiksaan.
"Tak
mengapa. Lihat dahulu."
Aku
melihat kertas itu.
Terkejut!
"Tidak
mungkin. Ini mesti salah orang."
Aku melihat namanya. benar. KHAIRUL ASLAH BIN ZUKI. Tetapi, bagaimana mungkin?
"Khairul
Aslah, sebenarnya cikgu lihat keputusan kamu sejak beberapa bulan ni agak
merundum. Cikgu pun terkejut dengan perubahan keputusan kamu, tapi..."
"......"
"Cikgu
tahu, kamu dah berusaha. Cuma, lepas ini, cuba lagi ya?"
"Baik,
cikgu... Insyaallah"
*****
Aku
bertanya kepada diri.
'Aku
dah usaha kan? Kenapa masih tak berjaya? Aku study tak cukup ke? ke Allah
memang tak bagi aku berjaya? Tapi kenapa?'
Sedang
aku sibuk merenung siling bilikku, berfikir, waktu itulah kebetulan Akhi Anas
Afifi, naqib usrahku, datang menegurku.
"Assalamualaikum...
Akhi! kenapa muram je ni? Senyum lah sikit.. eleh... putus cinta ke?
Hahaha"
Akhi
Anas Afifi memang seorang naqib yang ceria. Lawaknya sentiasa membuatku
tersenyum. Aku sangat mengaguminya. Sebagai naqib yang sangat prihatin, dia
sering sekali menziarahiku. Paling tidak, seminggu sekali dia mesti menjejakkan
kali ke bilik ini. Kebetulan waktu inilah dia datang.
"Waalaikumsalam.
Eh, pandai jelah anta. Mana ada apa-apa, kan senyum ni? Hehe..."
"Tak
payah nak cover dengan ana. Ada tulis kat dahi tu, 'sedang dilanda masalah',
hehe.. gurau.. kenapa ni? Ceritalah."
"Hmm...
begini... sebenarnya, tadi Puan Zanariah panggil ana. Dia tunjuk result
peperiksaan semester tempoh hari. Ana masih tak meningkat lagi. Ana tak
fahamlah akhi, ana dah usaha betul-betul, tapi kenapa masih tak berjaya?"
"Oh..
akhi, inilah dinamakan ujian daripada Allah S.W.T. anta ingat lagi tak ana
cakap, Allah S.W.T dah kata dalam surah
al-Baqarah, ayat 214. Orang beriman itu pasti diuji. Ujian itulah yang akan
menentukan sejauh mana kemantapan Iman anta."
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,
padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu
sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta
digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan
orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan
Allah?" Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu Amat
dekat." (al-Baqarah: ayat 214)
Naqibku
yang satu ini, kata-katanya selalu penuh dengan nasihat. Itulah juga punca
mengapa aku selalu berkongsi masalah dengannya.
"Tapi
akhi.. ana dah usaha. Ana dah berdoa, ana dah tawakkal. Kenapa Allah S.W.T
masih tak bagi? Sedangkan ana dah usaha habis-habisan dah ni."
"Akhi,
anta mesti paham satu persoalan ini, anta berusaha untuk apa? Maksud ana bukan
niat anta, tapi kenapa anta berusaha?"
"Untuk
dapatkan result cemerlanglah. Kenapa?"
"Huhu...
akhi, sebenarnya, kita tak boleh berniat macam tu. kadang-kadang manusia berusaha
dengan harapan dia akan dapat capai hajatnya atas usahanya. Mungkin itu sebab
Allah tak bagi apa yang kita hajatkan."
"Maksud
anta?"
"Kita
tak boleh berusaha untuk capai apa yang kita hajati. Itu seolah-olah
menunjukkan kita mengaku yang kita ni ada kekuasaan. Sebenarnya akhi, kita
berusaha untuk menunjuk sahaja."
"Menunjuk?"
"Hehe..
Dengar sampai habis dulu... kita berusaha sebab kita nak tunjukkan kepada
Allah, betapa kita inginkan apa yang kita hajati itu, tunjukkan kesungguhan
kita kepada Allah. Sebab Allah yang akan bagi. Bukannya kita usaha untuk capai
perkara itu. Bila Allah lihat kita bersungguh-sungguh menunjukkan kepadaNya betapa
kita inginkan perkara itu, baru Allah akan bagi."
"Oh...
Begitu"
"Hmm...
lagipun, mungkin itu ada baiknya bagi anta. Think positive. Ingat surah al-Baqarah, ayat 216?"
"Diwajibkan atas kamu berperang, Padahal berperang itu
adalah sesuatu yang kamu benci. boleh Jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia
amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat
buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah ayat 216)
"Tapi
ana tak berjaya.. macam mana itu boleh jadi lebih baik pula?"
"Huhu..akhi.
Nak dengar cerita tak?"
"Cerita
ini tentang seorang ahli ikhwanul muslimin. Namanya hampir sama dengan nama
seorang sahabat Rasulullah s.a.w, Umar. Umar Thilmisani."
Umar
Thilmisani ini, salah seorang hakim mahkamah tinggi, di Mesir. Dia juga adalah
mursyidul am Ikhwanul Muslimin yang ketiga. Seorang da'ie, seorang murobbi,
yang sangat hebat. Dia sangat hebat, sampai dikatakan dia itu, meninggalkan
kesan positif pada setiap orang yang pernah berhubungan dengannya.
"Hebat
betul orangnya."
"Hehe.
Anta nak tahu tak bagaimana dia ini, boleh tertarik dengan Islam? Tertarik
dengan ikhwanul muslimin?"
"Dia
asalnya bukan Islam ke?"
"Eh,
dia Islam. Cuma mula-mulanya tu, Islam pada nama. Anta tahu kan?"
"Oh..
ok, sambung cerita."
"Pada
masa itu, Umar Thilmisani ini hendak menghadiri perbicaraan. Jadi dia nak naik
keretapi dari Kaherah ke Iskandariah."
Dalam
pada dia tengah menunggu tu, dia terlihat kelibat seorang tukang sapu. Dia
tengok, tukang sapu itu menyapu dengan penuh keikhlasan. Dia tertarik melihat
peribadi seorang yang begitu mulia itu.
Dia pun
pergi dan bertanya kepada tukang sapu itu. Tukang sapu itu pun menceritakan
kepadanya, tentang Islam. Umar Tilmisani ini pun kagum dengan akhlak yang
ditunjuk oleh tukang sapu itu. Akhirnya, Umar Tilmisani ini, ikut halaqoh
dengan tukang sapu itu."
"Wah,
hakim mahkamah tinggi, ikut halaqoh dengan tukang sapu?"
"Ya.
Anta bayangkan, betapa hebatnya tukang sapu itu. Padahal bukan sesiapa pun,
cuma tukang sapu. Tapi anta lihat, sampai boleh halaqohkan hakim mahkamah
tinggi. Maksud ana tadi, kalau pun anta tak berjaya dalam akademik, don't be
sad, mungkin ada kebaikannya akhi. Mungkin juga Allah dah aturkan rancangan
yang terbaik untuk anta. Kita memang kena usaha, tapi kalau Allah tak bagi,
maknanya Dia tahu apa yang lebih baik untuk kita. Mana tahu, suatu hari nanti,
anta jadi tukang sapu macam itu? Haha...."
Tanpa
disedari, air mataku menitis. Jatuh diatas kaki seluarku.
"Oh.
Betul juga kata-kata akhi tu. Syukran kathir, tenang sikit hati ini."
"Bukan
ana yang bagi. Ketenangan, Allah S.W.T yang bagi. Kalau anta rasa gelisah,
ingatlah Allah. baca al-Quran ke. Sebab Allah dah janji dengan kita kan Akhi.
Membujur lalu, melintang patah. Tak ada yang dapat menghalang kalau Allah dah
bagi laluan"
"Hehe.
Ana tahu. Surah ar-Ra'd, ayat 28.
Kan?"
"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka
manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati
Allah hati menjadi tenteram."
(ar-Ra'd ayat 28)
"Pandai
ikhwanku ini. Ok akhi, ana perlu beransur dulu, banyak kerja sekolah yang tak
siap lagi. Ada masa ana datang ziarah lagi, Insya-Allah. Kalau ada masalah,
call atau datang je bilik ana ye."
"Insyaallah,
Syukran Akhi. Uhibbuka fillah."
"Uhibbuka
fillah aidhon, akhi..."
Kami
berpeluk. Erat.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam..."
Akhi
Anas Afifi pun keluar.
Aku
merenung ke langit. Mujur keindahan tadi masih belum pudar. Kini hatiku tenang.
Setenang langit petang yang mulai bertukar merah. Indahnya ukhuwwah kerana
Allah S.W.T, setiap kita saling menguatkan yang lain.
Kerana
itulah Allah S.W.T menggambarkan orang yang beriman sebagai saudara. Setiap
langkah dakwah, jika diambil bersama, pasti terasa lebih ringan. Itulah
keajaiban ukhuwwah fillah.
Aku
bangun dari katil, lalu berwudhuk dan membuka al-Quran kecil milikku.
"Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Mengetahui,
apa yang terbaik untukku, maka berikanlah yang terbaik. Aku redha dengan
ketentuan-Mu, aku ikhlas dengan cintaku pada-Mu. Redhailah kehidupanku, Wahai
Tuhan Yang Maha Penyayang..."
Doaku dalam tangisan.
Jika
takdirnya begitu sukar, yakinlah, pasti ada baiknya. Membujur lalu,
melintang patah. Percayalah, kerana DIA lebih tahu! Apa yang terbaik untuk diri
kita. Tak ada yang dapat menghalang.
No comments:
Post a Comment