I made this widget at MyFlashFetish.com.


Cinta kepada Allah dengan ketaatan . Cinta kepada Rasul dengan keperibadian mulia . Cinta kepada jihad dengan perjuangan . Cinta kepada makhluk dengan mentaati Allah , mencontohi Rasul dalam berperibadi dan sentiasa hidup dengan perjuangan yang pastinya menagih pengorbanan ...

Monday 25 March 2013

Allahu Rabbuna ! Rahmatilah Kedua Ibu Bapaku


Entri kali ni ingatnye nak kongsikan sesuatu dengan sahabat-sahabat sekalian..peringatan buat semua, selagi kita boleh menyenangkan orang tua kita, senangkanlah mereka..jangan menyusahkan mereka..jangan asyik nak meminta2 sahaja..sayangi orang tua kita selagi mereka hidup.

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak air mukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

Tuesday 12 March 2013

Sambutlah Cinta Allah



Benar kata orang. Apabila cinta terhadap manusia sudah menguasai hati, kita mudah diperangkap oleh tipu daya dan muslihat syaitan untuk menyesatkan manusia. Hati yang dahulunya mengatakan "cinta kerana Allah SWT" perlahan-lahan diulit tipu daya dan muslihat syaitan.
Cinta sebelum kahwin sememangnya mampu mengundang kepada lembah penzinaan. Hati mula lalai terhadap suruhan dan perintah Allah. Perlahan-lahan hati ini ditipu oleh syaitan. Niat pada awalnya ingin membimbing seorang wanita perlahan-lahan hanyut ke lembah penzinaan.
Puas ibu menasihati agar menjaga tingkah laku dan perbuatan apabila keluar bersama teman wanita yang aku merasakan kononnya bakal menjadi menantu kepada ibu. Solat yang pada dahulunya dilakukan pada awal waktu mula berubah kepada penghujung waktu kerana leka dengan berbalas pesanan mesej ringkas. Majlis-majlis agama yang dahulunya dihadiri mula ditinggalkan kerana ingin ber-chatting dengan teman wanita di laman sosial.
Tiada lain yang difikirkan melainkan hanya teman wanita sehinggalah pada suatu tahap hati ini mula sesak dengan desakan nafsu dan dosa. Percintaan yang pada dahulunya indah mula berubah menjadi hambar. Pergaduhan kerap berlaku yang akhirnya membawa kepada perasaan cemburu yang meluap-luap.
Syaitan benar-benar telah berjaya mengambil alih hati ini untuk dikuasai. Tiada lagi ayat-ayat Al-Quran yang dahulu kerap diamalkan. Hidup menjadi tidak tenang. Terasa seperti ada dua aliran di dalam hati. Hati ini semakin sesak dan lemas dengan dosa-dosa yang dilakukan.
Aku tekad untuk memutuskan hubungan yang sudah terjalin selama dua tahun ini kerana Allah Taala. Aku tidak mampu lagi hidup dengan penuh dosa dan noda. Jauh di sudut hati, ini bukanlah cinta yang diredhai Allah. Jauh sudah aku tinggalkan seorang wanita yang pernah hadir dalam diri aku. Aku membawa diri jauh daripada "lembah kemasyhuran" yang pernah aku tempuhi suatu masa dahulu.
Biarlah aku bersendiri daripada hidup penuh dengan noda dan dosa. Tidak susah bagi aku untuk kembali kepada yang Maha Esa. Kini aku melihat kawan-kawan lain "berbahagia" bersama pasangan luar nikah masing-masing tetapi aku merasakan lebih bahagia bersama-sama dengan Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. 
Benar kata orang. Allah knows what's best for us! Ada sebab mengapa Allah menyuruh kita menjauhi zina. Allah SWT berfirman:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
(Surah al-Israa', ayat 32)
Wallahu'alam.


Saturday 9 March 2013

Muslimah Sejati, Penyeri Hidup Mujahid



Saya tertarik dengan dialog berikut yang darinya dapat dipelajari cara yang berhikmah apabila menjawab soalan daripada seseorang yang belum beragama Islam tentang mengapa wanita muslimah tidak boleh bersalam dengan lelaki ajnabi:

A British man came to Sheikh and asked:  “Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man?”

The Sheikh said:  “Can you shake hands with Queen Elizabeth?”


British man said:  “Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth.”

Sheikh replied:  “Our women are queens and queens do not shake hands with strange men!”

Jawapan seringkas ini bisa membuka minda si penanya akan satu dimensi baru yang belum pernah dia fikirkan.  Jawapan seumpama ini mengajak si penanya melihat bagaimana pandangan ISLAM terhadap wanita.  

Jika Barat dan Timur serta seluruh tamadun manusia selain Islam menganggap wanita adalah objek seksual dan hawa nafsu semata, tetapi ISLAM memandang wanita sebagai insan yang mulia yang mempunyai darjat yang sangat tinggi.  Bukan sembarangan orang boleh bersalam, menyentuh atau memegang wanita muslim jika tidak mempunyai ikatan kekeluargaan yang dibenarkan syara’.

Jika direnung lebih jauh lagi, bukan setakat hukum bersentuhan sahaja telah ISLAM muliakan wanita, malah dalam banyak aspek, ISLAM telah mengeluarkan wanita yang dahulunya dizalimi dan dipandang hina berabad-abad lamanya ke darjat yang lebih tinggi dan mulia hingga ke hari ini seterusnya hingga ke hari kiamat.

Lihat sahaja di dalam al-Quran, terdapat satu surah khas yang dinamakan surah an-Nisa’ iaitu surah Perempuan.  Di dalam surah ini terdapat banyak hukum tentang bagaimana sepatutnya para wanita dilayan dan dijaga kebajikan mereka.

Maruah mereka yang sebelum ini dipandang rendah, kebajikan mereka yang sebelum ini diabaikan, malah mereka hanya dipandang sebagai objek seks semata.  Apabila datang ISLAM, keadaan ini berubah!  Betapa kasihnya ALLAH Ta`ala sehingga hak wanita dijaga dan diletakkan ia sebagai hukum syariah untuk kita patuhi dan laksanakan.

Malah jika dibaca di dalam hadith Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dan athar para sahabah juga, diceritakan banyak perihal kebajikan terhadap wanita.  Inilah keindahan ISLAM.  ISLAM memuliakan wanita dan sentiasa membela kedudukan mereka.  Segala peraturan dan hukum yang ditetapkan semuanya untuk kebaikan mereka.

Wanita Muslimah adalah ibarat ratu bagi kami kaum muslimin.  Mereka istimewa.

Sahabat Anugerah Paling Ternilai



Sahabat sejati merupakan sahabat yang sangat memahami, mempercayai malah menyayangi diri kita sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri. Sukarkan ingin mendapatkannya ? Usahalah, carilah dan ikhtiarlah dalam mencari sahabat sejati. Sahabat sejati inilah sahabat yang sebenar-benarnya dapat memimpin serta menuntun kita ke jannahNya. 

Dialah yang akan selalu menegur kita dari semua kesilapan. Dialah juga akan menyuruh serta mengajak kita berbuat kebaikan dan perkara yang diredhai Ilahi. Dia tidak akan sesekali menyesatkan kita dengan perbuatan dosa dan maksiat malah akan menuntun kita ke jannahNya.

Sahabat sejati ini jugalah yang sentiasa akan berbakti serta memberi tanpa meminta balasan kembali. Dia sedar bahawa redha Allah yang utama dan sahabat yang pertama. Terima kasih ya 'Azza Wajalla kerana kurniakan kepadaku sahabat sejati.

Ya Allah, betapa aku merindui sahabat sejati yang telah Kau anugerahkan kepadaku. Lindungilah, sayangilah serta bahagiakanlah dia. Redhailah persahabatan kami. Tunjukilah kami jalan yang sebenar-benarnya agar kami dapat mendiami taman indahMu pada suatu hari nanti. Ameen ya Rabbal Aalamin.

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I made this widget at MyFlashFetish.com.