I made this widget at MyFlashFetish.com.


Cinta kepada Allah dengan ketaatan . Cinta kepada Rasul dengan keperibadian mulia . Cinta kepada jihad dengan perjuangan . Cinta kepada makhluk dengan mentaati Allah , mencontohi Rasul dalam berperibadi dan sentiasa hidup dengan perjuangan yang pastinya menagih pengorbanan ...

Saturday 10 March 2012

Sentuhan Cinta "Al-Khaliq"


“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.” Tangannya pantas mencapai telefon bimbit di sebelah, kelihatan jam menunjukkan pukul 5.25 pagi. Azan subuh sayup kedengaran memecahkan keheningan fajar. Beberapa saat berlalu, matanya masih jua tertutup. Para siswa dan siswi berpusu-pusu ke Masjid Asy-Syatibi untuk menunaikan solat subuh secara berjamaah.

Hati digagahkan, tangan segera meraba di dalam kegelapan, mencari sesuatu. Dia duduk di atas katil itu, sambil memegang buku Bidayatul Hidayah, karya al-Imam Hujjatul Islam al-Ghazali R.A dan membuka muka surat yang dikehendaki.
Subuh yang hening itu dimulakan dengan doa dan puji-pujian bagi yang selayaknya menerima pujian, Allah S.W.T.

Nur Ieman segera bangkit, bersiwak, dan mempersiapkan diri untuk beribadah. Subuh hanya akan tiba kurang setengah jam sahaja lagi.

Dengan lafaz bismillah, membaca surah an-Nas sebelum memulakan solat, dia hanyut di bawah kelemahannya, menghadap Yang Maha Kuasa.

Pagi itu cerah seperti biasa, awan dan matahari juga seperti biasa. Semua yang hidup itu pasti sedang bertasbih, memuji kebesaran Allah S.W.T. Selepas Isyraq, dia menarik nafas, melangkah menuju ke kelas. 
Bangunan Akademik, Institut Al-Quran Terengganu hening ketika itu. Sudah menjadi kebiasaanya, dia bahagia.

Tanpa disedari, ada yang melihat dari jauh. Hanya beberapa langkah dibelakangnya.

“Ieman.” Tegur yang melihat itu.

Nur Ieman tidak segera menoleh, walaupun langkahnya terhenti. Dia beristighfar, kerana dia tahu suara itu milik seorang 'Akhi,' panggilan yang digunakan untuk pelajar lelaki di situ.

“Assalamualaikum, Ieman.” Tegur suara itu lagi.

Pemilik suara itu berkira-kira, mungkinkah Ieman akan pergi meninggalkan dia begitu sahaja, atau sudi mendengar bicaranya.

Dia melihat sekeliling, hanya ada beberapa orang rakannya tiga langkah daripada dia. Dia tidak mahu bersendirian dengan Nur Ieman. Mestilah, haruslah, pertemuan itu berteman.

Nur Ieman hanya menjawab salam di dalam hati. Dia menutup bahagian bawah mukanya dengan lengan jubah sekolahnya, lalu tunduk seraya berkata:

“Kenapa ya, perlu berjumpa di waktu begini? Ana ada kelas.”

“Bukankah kelasmu hanya akan bermula satu jam saja lagi? Masih ada waktu."

"Ieman... ana terpaksa menganggu seketika. Ana tidak ada nombor anti untuk bertanya perkara ini.”  Ahmad Aiman menjawab.

Dia terdiam sesaat. “Sudahkan sister Khadijah berjumpa anti?” Tanyanya.

“Sudah, dan jawapan sudah diberikan.” Nur Ieman menjawab tegas.

Hatinya bergolak, perasaan bercampur baur. Dia tahu fitnah tidak akan timbul kerana Ahmad Aiman berteman, tapi mana mungkin dia berdiri di situ walaupun sesaat dua kerana hanya dia seorang di pihak muslimah.

Dia segera berlalu. Tidak betah berlama. Ahmad Aiman terkejut tapi tidak menghalang.

“Salahku juga.” Fikirnya.

*****

Lalu dia teringat pertemuannya dengan sepupunya, Khadijah, semalam.

“Allah mengetahui segala sesuatu." Khadijah memulakan bicara.

“Aiman, dia menolak. Sudah dua kali kamu cuba taqdim, cukuplah.” Tambah Khadijah.

“Tapi aku yakin dia jodohku.” Tegas Ahmad Aiman.

“Apakah keyakinanmu itu bersandarkan Allah? Bagaimana pula dengan keyakinannya menolak 
kamu? Adakah itu cuma permainan di mata? Aiman, dia sudah istikharah. Dia hanya memaklumkan belum tiba masanya saja. InsyaAllah, lepas habis pengajian, cubalah kamu mengkhitbahnya sendiri.” Balas Khadijah.

“Aku juga sudah istikharah, dan ternyata dia jawapanku.” Kata Ahmad Aiman.

Pelajar Syahadah Persijilan Tahun 1, Institut Al-Quran Terengganu itu sukar menerima hakikat.

“Istikharah tidak bermakna jika kamu berat hati pada satu jawapan sahaja. Kamu harus bersedia untuk pilihan yang lain. Itu salah kamu di situ.”

Khadijah memandang sayu sepupunya itu.

“Hanya tiga semester saja lagi. Habiskanlah pengajianmu, biarkan dia juga belajar. Kamu itu bukan setakat seorang pelajar, tapi seorang Muslim. Tanggungjawabmu lebih berat, tanamlah dulu sifat taqwa, insya-Allah, perjalananmu akan dipermudahkan.”

Kata Khadijah menutup bicara. Dia berlalu meninggalkan Ahmad Aiman dan temannya, Mukmin di kafeteria.

Ahmad Aiman menoleh ke arah temannya, meminta kekuatan walaupun sedikit.

'Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.' [Q.s. An-Nisa:19 ]

Ujar temannya, memahami maksud pandangan Ahmad Aiman.

Ahmad Aiman mengusap muka dengan kedua tapak tangannya, mengucapkan terima kasih lalu beransur ke Masjid Asy-Syatibi.

Dia hendak bertaubat, kerana walau sekejap cuma, dia sudah lupa tanggungjawab yang lebih utama, iaitu menjadi hamba kepada Pencipta yang Agung lagi Maha Pengampun.

*****

Khadijah tiba di dalam bilik, meletakkan beg di atas meja, dan mengingat kembali peristiwa ketika dia 
menyampaikan hajat Ahmad Aiman buat kali kedua kepada Nur Ieman.

“Petunjuk awak adalah dia bukan?” Tanya Khadijah.

Nur Ieman tenang, lalu menganggukkan kepala.

“Tapi kenapa harus menolak?” Tanya Khadijah lagi.

Nur Ieman tersenyum, lalu menjawab.

“Belum tiba masanya. Kami masih muda, iman kami masih baru bercambah.”
Suasana senyap seketika.

“Cinta itu sempurna seperti pohon, akarnya tertanam dalam hati, batangnya kukuh dalam kata, 
buahnya terkandung dalam perbuatan. Persis seperti iman, tetap dalam hati, terucap dalam lisan, dan dibuktikan oleh amal. Pernah saya terbaca ayat itu.” Tambahnya lagi.

“Awak cintakan dia?” Khadijah menambah persoalan.

“Cintaku kepada Allah lebih penting, dan juga Rasulku, adakah awak hendak saya melupakan itu?”Nur Ieman menjawab dengan pertanyaan.

“Boleh saja kalau kamu bertunang dahulu sementara belajar, dan bernikah selepas tamat.” Khadijah mengutarakan pandangan.

“Pertunangan itu bagi saya, adalah untuk mengenali satu sama lain. Baguslah kalau ramai yang memikirkan begitu. Tapi saya sendiri yakin dengan pilihan Allah, biarlah saya mengenali jodoh saya selepas kami dinikahkan.”

Terang Nur Ieman. Khadijah sekadar membisu

“Aduhai Khadijah, ingatkan hatimu, ingatkan nafsumu, bahawa kematian itu dekat sekali. Mungkin ramai berkata, kita berada di sini untuk menuntut ilmu. Tapi bukan itu semata-mata. Seperti yang ku katakan, cinta itu seperti pohon, laksana iman.
Teguhkanlah iman dulu, siramilah dengan ketakwaan, barulah sempurna cintamu itu. Marilah kita letakkan kepercayaan kepada Allah, saya yakin, Dia akan menjaga hati kami berdua.
Insya-Allah, setelah tamat belajar, barulah mendapat keberkatan. Habiskan tanggungjawab kita sebagai pelajar dan seorang anak dahulu.”

Nur Ieman berkata sambil memegang tangan Khadijah. Dia senyum, hatinya beristighfar.
Khadijah membalas senyuman Nur Ieman, lalu mengangguk tanda faham.

Dia tahu, ramai yang kalah dalam perjuangan atas nama cinta. Nur Ieman menjaga maruahnya sebagai seorang muslimah dengan rasa malunya, dengan kesabarannya.

Dia tahu, kalau ada jodoh, pasti akan bersatu jua. Lalu dia juga beristighfar di dalam hati, kerana dia tahu dan dia pasti, hatinya selalu sahaja leka namun Allah itu Maha Pengampun. Maka dia memohon keampunan.

Wednesday 7 March 2012

Bila Terpandang Wanita....

 
Iman : Ehhh..lawanya tudung dia..tudung labuh pulak..sejuknya hati..ehh..Astaghfirullah! Sekali tu memang hak dan rezeki aku..kali kedua...seterusnya hatta jelingan pertama yang panjang dan penuh perhatian tu memang dah masuk kategori nafsu dan memang ianya salah satu daripada panahan iblis terhadap aku..nauzubillah..

Nafsu : Phewwwwwit! Lawanya pakai tudung..tudung labuh pulak tu..tapi kalau tudung tu singkat sikit mesti lagi lawa..alaaaa,angkat la tudung tu tinggi sikit..buah dada jangan la nak sorok-sorok..anugerah terindah Tuhan tu..ehh! Dah lebih sekali pandang apa salahnya..bukan selalu..alaa,lagipun dia pakai tudung kan..

Bila terserempak WANITA FREE HAIR

Iman : Astaghfirullah! Nasib baik terpandang sipi-sipi je..sudah-sudah..taknak la pandang lama-lama..habis la hafalan aku..entah-entah silap haribulan Al Fatihah pun aku tertukar dengan Qunut..naye aku..

Nafsu : Alaaaa..iman..tengok la..mesti ko nak tahu dia siapa kan? Tengok la kejap..

Iman : Taknak la..Aku pernah dengar sorang Ustaz ni cakap lelaki ni bila dah masuk kubur nanti, bahagian tubuh paling cepat reput adalah bahagian mata..perempuan pulak bahagian paling cepat reput adalah mulut..aku taknak la sebab sorang perempuan FREE HAIR ni mata aku cepat reput..kesian jasad aku..

Nafsu : Suka hati kau la! Yang penting dia nampak kiut tanpa tudung..Come on la beb! Kita hidup di zaman moden..tudung ni jumud..kuno..

Iman : Taubat-taubat! Hukum Allah tak makan dek waktu dan zaman..syuhhh3..sesungguhnya aku takut kepada azab Tuhanku..

Bila terpandang wanita berpakaian SENDAT

Nafsu : Ishhhhh! Lawanya awak! Ehem3..geram saya taw! Fuhhh dia punya curve tu..Curve at the right places! Besarnya dada awak..ni la baru perempuan akhir zaman..berani dan mengikut arus pembangunan dunia..Islam tak menghalang kebebasan kan..laki boleh pakai ketat takkan la wanita nak pakai sendat pun nak marah..kan iman?

Iman : Geram je nak cakap KEPALA OTAK HANG! Tapi sebab aku masih beriman..maka aku cakap Astaghfirullah..Aku memohon ampun kepadaMu Ya Allah..dah la tengok dia..dia bukan hak kita..hak untuk tengok dia tu suami dan yang selayaknya bagi dia..kita Ajnabi bagi dia..memang la Islam ni fleksibel..tapi ada ketetapan yang Islam dah bagi yang memang dah tak boleh diubah lagi..aurat tetap aurat..tak boleh berdalih lagi..laki ni pakai ketat sangat ni hukumnya makruh..perempuan ni HARAM TOTAL..kecuali ada kes darurat..Nafsu, ko tengah darurat ke? Kalau tak sila tempah baju kebal api neraka kalau ko masih berdegil nak tengok..desperate sungguh gamaknya ko ni ye..

Bila nak pilih calon isteri dari ribuan WANITA..

Nafsu : Iman, aku rasa kan yang ni sesuai dengan kita..kita ni dah la miskin, makan megi je pepagi buta camni..ni aku nampak macam kaya sikit..anak Tan Sri ni..alaaa, aku tahu free hair bukan taste ko kan? Tapi nanti-nanti kita bentuk la dia bersama-sama..Yang ni pulak lagi la sesuai..memang la yang pakai sendat ni bukan taste ko kan? Tapi cuba ko bayangkan kalau ko kahwin dengan perempuan tudung labuh..ko ingat dia kurus..bukak je tudung tu yang ko nampak adalah ahli Sumo wanita yang menang peringkat antarabangsa..kesian ko..kalau yang pakai seksi dan sendat ni kita dah nampak bentuk tubuh dia..mengiurkan..kahwin sampai tua pun aku sanggup ni..

Iman : Geram je aku nak kata BENGONG..tapi sebab aku masih berimana..maka aku beristighfar banyak-banyak..aku tak kisah calon isteri aku ni kaya ke miskin ke lawa ke hodoh ke..yang aku fikir adalah agama dan akhlaknya..Nafsu, aku tahu ko bukannya betul sangat kan..bukan selalu aku boleh kawal ko..so bila sampai masanya aku dah tak mampu kawal ko maka aku berharap iman si bini aku tu la yang akan membawa aku kembali semula ke pangkal jalan..aku pun nak la anak-anak aku nanti semua soleh dan solehah..ni aku tengok kawan-kawan kita tu, ada anak yang tak reti baca Fatihah pun ada..habis solat tak sah sampai ke tua..mati masuk neraka camtu ja..kesian beb!

p/s : begini la percakapan antara Nafsu dan Iman lelaki..so kepada wanita-wanita di luar sana..berjaga-jaga dengan lelaki..so nak elak benda-benda tak elok ni, pakai tu tutuplah aurat dengan sempurna..yang dah tutup pun ada lagi laki-laki yang suka imaginekan korang..apatah lagi yang suka pakai sendat..Islam pengamalkan prinsip "Prevention Is Better Than Cure"

Yang dah pakai tudung tu tutup la dada dengan sempurna..tudung tu biar tutup dada..memang la korang tak cakap tapi Zombie Insaf tahu jauh di sudut hati korang, korang nak menunjuk keseksian buah dada korang kan? Jangan
tipu..itulah yang terjadi bila dialog Iman korang lebih lemah daripada dialog Nafsu..cuba slowtalk balik ngan Iman tu..suruh dia KUAT sikit!

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I made this widget at MyFlashFetish.com.