I made this widget at MyFlashFetish.com.


Cinta kepada Allah dengan ketaatan . Cinta kepada Rasul dengan keperibadian mulia . Cinta kepada jihad dengan perjuangan . Cinta kepada makhluk dengan mentaati Allah , mencontohi Rasul dalam berperibadi dan sentiasa hidup dengan perjuangan yang pastinya menagih pengorbanan ...

Thursday 22 November 2012

Layakkah Aku Bergelar Mujahid Tinta Illahi?


Ya Allah, Dalam kealpaan diri Yang masih longlai menjalani kehidupan Melawan arus kebinasaan..

HambaMU ini, Masih lemah melalui kehidupan Masih leka dengan keduniaan
Adakah hambaMU ini Ya Allah Layak untuk Bergelar Mujahid Tinta Mu Illahi..

Ya Allah, Dalam sujudku Redha-Mu menjadi keutamaanku Kerna aku masih belum layak menjadi Mujahid.. Apatah lagi Laksamana Tinta Mu Illahi..

Bukan hamba begini, Tapi Ingin sekali aku menjadi Hamba-MU yang bertaqwa..

Ya Allah, Silapku jua Masih mengharapkan kebahagiaan dari-Mu
Sedangkan aku sendiri Tidak bersungguh dalam meraih gelaran Mujahid Tinta Illahi..

Hanya Redha-Mu Ya Allah yang senantiasa ku dambakan !

Monday 12 November 2012

Allah Mendugaku Lagi.. Tandanya Ada Sayang Terpaut



Bagaimana susahnya untuk bersabar.. sungguh perit sekali perkataan sabar.. janganlah ada di antara kita yang cukup takbur untuk mengatakan dirinya seorang penyabar.. tunggulah sehingga anda diduga.. sebaliknya sentiasalah berdoa agar Allah memberikan kita kesabaran.. saya sendiri masih lagi bertatih mencari makna sabar dan kekuatan bagi mendapatkan sabar.. sabar yang berkaitan dengan iman.. sekarang saya tahu betapa lemahnya iman saya kerana selepas hampir setahun saya masih lemah.. masih menangisi dan masih penuh dendam..
Berbalik kepada isu kita.. bagaimana memperolehi sabar semasa menghadapi dugaan musibah.. dan bagaimana untuk tidak lupa bersyukur ketika didatangi dugaan nikmat?
Ujian Allah bukan sahaja semasa kita ditimpa kecelakaan.. ramai yang lupa bahawa ujianNya juga datang dalam bentuk kesenangan, kenikmatan, kekayaan, kemasyhuran dan segala kemudahan.. pada masa itu adakah kita masih ingat akan Allah? Adakah kita masih ingat untuk bersyukur kepada Ya Razaq dan Ya Fattah? Atau kita leka dengan segala keuntungan yang kita rasa datang dari pada usaha kuat kita sendiri yang bekerja siang dan malam? Sedarkah kita bahawa di atas segala kurniaan itu ada tanggungjawab yang besar menunggu kita dan Allah sentiasa memerhatikan apa yang kita lakukan..
Hai..! biasalah manusia yang pelupa.. apabila diberi kesenangan, kita takbur dengan mengatakan ia adalah hasil usaha diri bla.. bla.. tapi kalau ditimpa kesusahan kita mengadu.. wahai Tuhan kenapa aku diuji dengan ujian ini?.. ampunilah kami ya Allah.
Buku “Bila Allah Menduga Kita” karya Syed Alwi Al-Atas mengupas isu syukur dan sabar ini secara terperinci.Kalau ada kelapangan masa dan rezeki, saya cadangkan kawan-kawan untuk mencari buku ini dan menikmati kupasan berhikmah beliau.
Sama-samalah kita berdoa agar Allah menganugerahkan sifat sabar dan syukur kepada kita semua. InsyaAllah. Ya Allah, Ya Syakur, Ya Sabur.

Friday 9 November 2012

Menghargailah Dari Dihargai



Semasa zaman kanak-kanak,
Menghargai ibu dan ayah yang telah melahirkan, membesarkan, mendidik, memberikan pakaian, makan-minum, tempat tinggal, sekolah, duit belanja, permainan, dan banyak lagi.
Menghargai adik-beradik yang sama-sama di ajak bermain, along, angah, uda, alang, ateh, tam, acik, anjang, busu, yang teman menonton tv, yang teman keluar berjalan.

Menghargai saudara-mara yang ibarat mengganti keluarga di mana-mana sahaja kita berada.

Menghargai cikgu-cikgu yang telah mengajar, yang marah didalam kelas, yang senyum selalu ketika mengajar, yang memberi hadiah bila berjaya, yang menanda buku sekolah, dan macam-macam lagi yang cikgu buat.

Menghargai kawan-kawan sekolah yang baik atau nakal, yang duduk disebelah kiri kanan depan belakang, yang berjalan bersama-sama, yang makan di kantin bersama-sama, yang mengusik, yang belajar, dan banyak lagi kerenah.
Semasa zaman remaja,

Menghargai sahabat-sahabat yang mula bersama-sama mengorak langkah, membuat sesuatu yang baru, yang mengajak ke masjid, yang mengejutkan ketika tidur dalam kuliah, yang menasihati dan menegur, dan segala-galanya yang mereka lakukan.

Menghargai orang sekeliling yang banyak membantu dalam kehidupan seharian, yang memberikan senyuman sedekah, yang menguruskan urusan-urusan penting dan lain-lain lagi.
Semasa zaman dewasa,
Menghargai keluarga sendiri, suami, isteri, anak-anak, yang menjadi penawar suka dan duka, yang menceriakan kehidupan, yang mendorong bersama-sama membina keluarga bahagia, dan semuanya.

Menghargai jiran-jiran yang sedia ketika susah atau senang, walau tidak semuanya peramah dan mesra, yang menziarahi ketika sakit dan lain-lain lagi.
Dari semasa ke semasa hingga ke akhir hayat,

Menghargai cinta yang telah Allah SWT limpahkan,

Menghargai kasih-sayang yang telah Nabi Muhammad SAW curahkan,

Kesimpulan,
Adakah kita telah dan selalu menghargai daripada rasa ingin dihargai? Kenapa kali ini saya mempersoalkan tentang perkataan "menghargai" ini? Sahabat pembaca, nilai menghargai lebih mulia dari dihargai. Dihargai sudah tentulah daripada kebaikan atau keperibadian diri sendiri yang dikagumi seseorang.
Orang akan menghargai kita yang telah berbuat baik kepadanya. Orang akan menghargai kita yang telah membantunya. Orang akan menghargai kita yang telah menegurnya. Dan macam-macam lagi contoh apabila kita dihargai.
Namun sejauh manakah kita memanjatkan rasa syukur apabila kita dihargai? Berbeza apabila kita cuba menghargai sesuatu. Orang baik kita hargai. Orang nakal kita hargai. Nakal tidak bermakna kita perlu banggakan sikapnya, tetapi kita menegur dan menasihati dengan sikap berlembut dan bersopan.

Kadang-kadang kita tidak sedar akan orang-orang yang dikurniakan Allah untuk berada dekat dengan kita, tetapi kita menjauhinya atau menghinanya apabila kita menemui kelemahan dan kekurangannya. Mungkin ini adalah sebahagian ujian dari Allah untuk kita dalam menghargai setiap pemberianNya.

Dan yang paling besar dan tidak ternilai apabila kita menghargai Allah SWT. Menghargai dengan mengenalinya dengan lebih dekat, mencintaiNya setiap saat bernafas, mengingatiNya ketika susah dan senang, mencarinya tanpa tempat dan masa, dan mengabdikanNya erat dan utuh didalam jiwa.

Dan menghargai insan bernama Nabi Muhammad SAW yang berakhlak Al-Quran kalam Allah. Yang sentiasa mendahulukan umatnya walaupun pada saat akhir nafasnya menghembus kedunia. Sahabat pembaca, masih jelaskah kamu dengan erti menghargai ini? Sama-samalah kita bermuhasabah akan sifat-sifat kita yang kurang, dan berubahlah kepada yang lebih menghargai. Dan Allah Maha Mengetahui..

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I made this widget at MyFlashFetish.com.