I made this widget at MyFlashFetish.com.


Cinta kepada Allah dengan ketaatan . Cinta kepada Rasul dengan keperibadian mulia . Cinta kepada jihad dengan perjuangan . Cinta kepada makhluk dengan mentaati Allah , mencontohi Rasul dalam berperibadi dan sentiasa hidup dengan perjuangan yang pastinya menagih pengorbanan ...

Monday, 11 February 2013

Diari Hati Seorang lelaki



Assalamualaikum..

saudari terima kasih diatas DM. Mesej dan Tweet yang telah enti kirimkan kapada ana seminggu lalu.Saudari,cinta itu sebenarnya satu sunatullah dalam hati setiap insan.Seperti insan lain ana juga tidak pernah terlepas, dari suratan ini.Ana rasa enti juga tahu,hati ini belum pernah dimiliki,namun ana insan normal,yang ingin mencintai dan ingin dicintai.

Sebagai seorang lelaki,selayaknya ana juga mempunyai perasaan cinta terhadap seorang wanita .Namun Alhamdulillah,cinta ana kepada si dia bukanlah bertopengkan nafsu,cukup sekadar mencintai dia,sebagai seorang wanita yang mampu mencairkan hati seorang lelaki seperti ana.Cairnya hati ana kepada si dia bukan kerana keayuan wajahnya,bukan pula kerana personanya yang menggoda,tetapi cairnya hati ana adalah kerana,kecantikan akhlaknya dan kehebatan cintanya kepada Allah,persis Sumayyah.

Bagi ana,kehidupan ini urusan cinta,cinta yang mampu mengubah seorang banduan menjadi Muallim,boleh juga merubah seorang alim menjadi pendusta.

Saudari,jika kita bijak menempuhi perasaan cinta,sudah pasti cinta itu mampu memimpin kita kearah kedamaian mutia'h firdausi.Ana tahu enti pernah mencintai ana dan ingin dicintai oleh ana.Namun,selayaknya cinta ana hanya untuk seorang wanita bergelar isteri.Ana bukanlah lelaki yang terbaik di kerajaan Allah ini,bukan juga lelaki yang mampu menghulurkan sepenuh perasaan cinta kepada seorang wanita.Mungkin di luar sana,masih ramai lelaki yang layak dicintai oleh wanita hebat seperti enti.Cukup untuk kali ini.Moga enti dapat menemui seorang Imam yang terbaik dalam hidup enti.

Ana lelaki biasa,tidak layak dicintai oleh wanita hebat seperti enti..
jika benar cinta enti untuk ana kekal selamanya..
berdoa lah agar cinta ini,mampu meraih redha ilahi..
hingga membawa kita ke istana rumah tangga..


No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I made this widget at MyFlashFetish.com.