I made this widget at MyFlashFetish.com.


Cinta kepada Allah dengan ketaatan . Cinta kepada Rasul dengan keperibadian mulia . Cinta kepada jihad dengan perjuangan . Cinta kepada makhluk dengan mentaati Allah , mencontohi Rasul dalam berperibadi dan sentiasa hidup dengan perjuangan yang pastinya menagih pengorbanan ...

Monday 11 February 2013

Diari Hati Seorang Lelaki 2



Assalamualaikum,
saudari,tujuan ana mencoret warkah ringkas ini,bukanlah untuk menolak hasrat hati enti yang mahu menjadikan ana sebagai seorang insan istimewa dalam hidup enti.Sekadar ingin menjelaskan, apa yang tersurat dan apa yang tersirat dalam hati ana.

Sejak azali lagi Allah telah mencipta manusia dengan memiliki perasaan cinta.
Memang ana tidak menafikan bahawa cinta itu lumrah kehidupan manusia,tetapi,enti perlu ingat cinta itu boleh membawa bahagia dan boleh membawa fitnah kepada diri kita.

Ana takut,jika kemuliaan bercinta itu,bertukar menjadi murka Allah.Enti adalah seorang wanita solihah yang memiliki akhlak persis Siti Khadijah.Wajah enti tidak tumpah seperti kejelitaan Siti Zulaikha dan kesetiaan enti sepertimana setianya Siti Sarah,maka ana takut jika keperibadian enti yang semulia Rabiatul Adawiah itu,di cemari dengan cinta yang tidak seberapa dari ana.
Hati ana bukanlah murah,hanya mampu dimiliki oleh seorang isteri yang sejati.

Maaf, mungkin warkah ini sedikit mengecewakan hati enti.Namun,ana ada prinsip hidup sendiri. Jikalau Allah telah menetapkan kita bersama,moga-moga cinta itu adalah cinta suci yang mampu meraih redha ilahi.

Jika benar enti tercipta untuk menjadi suri di hati ana,biarkan cinta itu dilepaskan seketika di Baitul Izzah, agar rindu ini menambah seri dihati seorang suami dan menambah kasih di kalbu seorang isteri.

Dulu enti pernah berkata,cinta ini tidak mungkin menjadi fitnah,kerana kita tinggal berjauhan.Namun enti perlu ingat,syaitan sanggup melakukan apa sahaja untuk menyesatkan anak-anak Adam a.s.

Ana rasa cukup sekadar ini.Semoga dengan penjelasan ini,segala yang terkandung dalam sanobari ana dapat enti fahami.

Hati ana bukan murah..
Hanya mampu dimiliki oleh seorang wanita solihah..
Jika benar Allah takdirkan kita bersama..
Moga cinta itu disulami dengan erti sebuah keimanan..
Hingga terlafaznya akad dan nikan dari bibir ana..


No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I made this widget at MyFlashFetish.com.