I made this widget at MyFlashFetish.com.


Cinta kepada Allah dengan ketaatan . Cinta kepada Rasul dengan keperibadian mulia . Cinta kepada jihad dengan perjuangan . Cinta kepada makhluk dengan mentaati Allah , mencontohi Rasul dalam berperibadi dan sentiasa hidup dengan perjuangan yang pastinya menagih pengorbanan ...

Monday, 12 November 2012

Allah Mendugaku Lagi.. Tandanya Ada Sayang Terpaut



Bagaimana susahnya untuk bersabar.. sungguh perit sekali perkataan sabar.. janganlah ada di antara kita yang cukup takbur untuk mengatakan dirinya seorang penyabar.. tunggulah sehingga anda diduga.. sebaliknya sentiasalah berdoa agar Allah memberikan kita kesabaran.. saya sendiri masih lagi bertatih mencari makna sabar dan kekuatan bagi mendapatkan sabar.. sabar yang berkaitan dengan iman.. sekarang saya tahu betapa lemahnya iman saya kerana selepas hampir setahun saya masih lemah.. masih menangisi dan masih penuh dendam..
Berbalik kepada isu kita.. bagaimana memperolehi sabar semasa menghadapi dugaan musibah.. dan bagaimana untuk tidak lupa bersyukur ketika didatangi dugaan nikmat?
Ujian Allah bukan sahaja semasa kita ditimpa kecelakaan.. ramai yang lupa bahawa ujianNya juga datang dalam bentuk kesenangan, kenikmatan, kekayaan, kemasyhuran dan segala kemudahan.. pada masa itu adakah kita masih ingat akan Allah? Adakah kita masih ingat untuk bersyukur kepada Ya Razaq dan Ya Fattah? Atau kita leka dengan segala keuntungan yang kita rasa datang dari pada usaha kuat kita sendiri yang bekerja siang dan malam? Sedarkah kita bahawa di atas segala kurniaan itu ada tanggungjawab yang besar menunggu kita dan Allah sentiasa memerhatikan apa yang kita lakukan..
Hai..! biasalah manusia yang pelupa.. apabila diberi kesenangan, kita takbur dengan mengatakan ia adalah hasil usaha diri bla.. bla.. tapi kalau ditimpa kesusahan kita mengadu.. wahai Tuhan kenapa aku diuji dengan ujian ini?.. ampunilah kami ya Allah.
Buku “Bila Allah Menduga Kita” karya Syed Alwi Al-Atas mengupas isu syukur dan sabar ini secara terperinci.Kalau ada kelapangan masa dan rezeki, saya cadangkan kawan-kawan untuk mencari buku ini dan menikmati kupasan berhikmah beliau.
Sama-samalah kita berdoa agar Allah menganugerahkan sifat sabar dan syukur kepada kita semua. InsyaAllah. Ya Allah, Ya Syakur, Ya Sabur.

2 comments:

  1. salam ukhuwah ya akhi..entry yg bermanfaat..untuk sabar tidak senang tapi tidak sush kalau kita cuba bersabar..sabar itu tempatnya di syurga Allah..insyaAllah..tdk semua ujian yang kita lalui kita dpt bersbr..Allah itu Maha Mengetahui..Yang sentiasa ingin menguji..:-)..rintihlah masalah padaNYA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wssalamun'alaik kak ! na'am.. Andai kau rasa kau sendiri, kau silap menilai hakikat diri. Allah itu selalu ada. Saat kau suka dan duka...Ibadah itu ibarat "hiburan" buat orang2 beriman, kerana dengan beribadah, mereka merasai ketenangan serta kemanisan iman :) kan kak !

      Delete

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I made this widget at MyFlashFetish.com.