I made this widget at MyFlashFetish.com.


Cinta kepada Allah dengan ketaatan . Cinta kepada Rasul dengan keperibadian mulia . Cinta kepada jihad dengan perjuangan . Cinta kepada makhluk dengan mentaati Allah , mencontohi Rasul dalam berperibadi dan sentiasa hidup dengan perjuangan yang pastinya menagih pengorbanan ...

Wednesday 22 August 2012

Nukilan Buat Dirimu Yang Teristimewa




Akak, 

Kadang-kadang banyak perkara yang ingin adik kongsikan bersama akak. Bila adik sedar tentang siapa diri ini pada pandangan mata akak, cepat-cepat adik padamkan keinginan hati itu. Adik mengerti bahawa adik bukanlah sesiapa pada diri akak. Tapi bagi adik, akak amat bererti buat diri ini. Sejak adik mengenali dirimu akak, banyak perkara yang tak pernah adik bayangkan menjadi sebahagian dari kisah hidup telahpun adik tempuhi. Ianya amat beerti bagi diri adik yang masih mencari tentang erti kehidupan yang sebenar. 



Akak, 
Adik tertanya ke mana hilangnya 'kesefahaman' dalam hubungan kita. Kenapa akak mendiamkan diri dan tidak menjawab semua pertanyaan itu di saat persoalan adik bertalu-talu menghempas diri akak? Jika benar diri ini ada berbuat salah dan melukai hatimu, maafkanlah diri ini kerana adik jua manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. 
Khabarkan pada diri tentang apa yang telah adik lakukan yang membuatkan dirimu akak menjauh kesepian. Jika dirimu enggan memaafkanku, apalah dayaku kerana hanya akak yang berhak untuk memberikan kemaafan padaku. Ustaz Adik (Shamsol Bahari B. Mahmud) pernah berkata 'Orang yang memaafkan kesalahan orang lain punyai jiwa yang besar'. Mahukah akak menjadi seperti mereka? 



Akak, 
Adik tidak mampu lagi untuk menyusun madah kerana setiap kali diri mencoretkan nukilan buatmu, adik dapat rasakan yang akak semakin jauh dan menghilang. Ambillah sebanyak mana waktu yang akak mahukan. Akan adik didik diri ini agar sabar dalam menanti sebuah kemaafan darimu akak. Jika itu harga sebuah kemaafan yang perlu adik bayar akan adik sabar dalam penantian ini. 



Sekian dariku..

(Lifes Mujahid @ Saif-ur Rahman @ Ahmad Aiman)

-Pengfalir Air Matamu-

Teristimewa: Akak Maizatul Akmal Bt. Abdul Latif

No comments:

Post a Comment

Link Within

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

I made this widget at MyFlashFetish.com.